GLOZONS adalah kontraktor yang pakar dalam pemasangan GATE, GRILL & AWNING. Pada September 2020, GLOZONS telah bergabung tenaga Bengkel Kimpalan Besi & Grill tradisional yang telah beroperasi selama 10 tahun.
Kami menubuhkan satu pasukan TERAS baharu untuk menaiktaraf daripada Bengkel Kimpalan Besi Enterprise menjadi sebuah Kilang Kimpalan Besi SDN. BHD.
Pasukan teras kami menaik taraf kilang sedia ada secara menyeluruh termasuk;
✔️ Meningkatkan kualiti produk
✔️ Memperbaiki pengurusan syarikat
✔️ Pemasaran & jenama
✔️ Urusan kewangan & perakaunan
✔️ Pengurusan sumber manusia
Perubahan baharu ini meningkatkan daya saing dalam industri dengan memberikan perkhidmatan dan produk yang berkualiti tinggi yang sukar ditandingi oleh bengkel besi tradisional. GLOZONS mempunyai department yang hanya fokus pada tugasan masing-masing untuk memaksimakan prestasi syarikat.
Dalam masa kurang daripada setahun, GLOZONS telah memecah rekod 10 tahun kilang besi dan mencipta peningkatan 225% buat pertama kali dalam sejarah kilang. Kini GLOZONS telah berkembang daripada 1 kilang menjadi 3 kilang utama ketika ini dan membentuk satu jenama yang khusus pada binaan Gate, Grill & Awning iaitu IRONGUARDZ.
Taman Perindustrian Tanjung Minyak Perdana , Melaka
Taman Perindustrian Merdeka , Melaka
Masjid Tanah , Melaka
Tahun 2023, kami menyedari pengalaman & perjalanan yang kami lalui selama ini boleh menjadi "Secret Recipe" untuk membantu lebih banyak bengkel-bengkel besi lain di seluruh Malaysia untuk meningkatkan jualan serta membantu meringankan bebanan bengkel dari segi pengurusan perniagaan, pemasaran, kewangan dan pekerja supaya mereka boleh fokus 101% untuk menghasilkan produk yang berkualiti kepada semua pelanggan.
Kami di GLOZONS percaya, untuk berjaya di dalam bidang perniagaan, kita perlu membantu orang lain untuk berjaya bersama. Sukar untuk sesuatu perniagaan maju dan terus maju jika pemimpinnya hanya mahu berjaya seorang diri.
Jika teras sesuatu syarikat itu adalah membantu orang, kami YAKIN syarikat itu akan meletup dan memberikan impak maksima dalam industri!
PRODUK KAMI
GLOZONS mempunyai 3 Jenama produk iaitu :
✔️IRONGUARDZ ~ Ironguardz merupakan pakar dalam industri kimpalan besi dengan pengalaman lebih 12 tahun membantu mencantikkan mahligai rakyat Malaysia dengan binaan Awning, Gate, Grill dan binaan-binaan besi.
✔️GLOZONS ~ GLOZONS platform merupakan platform kerjaya kepada industy bengkel kimpalan besi untuk membantu lebih banyak bengkel-bengkel besi lain di seluruh Malaysia untuk meningkatkan jualan serta membantu meringankan bebanan bengkel dari segi pengurusan perniagaan, pemasaran, kewangan dan pekerja.
✔️BESIMASTER ~ Besimaster merupakan produk lebih focus kepada grill harga yang lebih marhaen untuk rakyat Malaysia .
SOCIAL MEDIA KAMI
GLOZONS (M) SDN BHD (1340473-X)
Pejabat Urusan :
121A, JALAN PM1, TAMAN PERINDUSTRIAN MERDEKA.75350 BATU BERENDAM MELAKA.
© 2019 Glozons (M) Sdn Bhd